Penafian
Laman bebas
Iqra ialah laman bebas di bawah webmaster.my (Dayabumi Creative Network, 202203302149). Iqra tidak bergabung dengan, tidak disokong oleh dan bukan produk rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, DELIMa, Cambridge University Press & Assessment atau Google.
Nama-nama tersebut disebut hanya untuk menerangkan standard kurikulum yang dirujuk dan kaedah log masuk yang digunakan.
Kandungan dibantu AI
Soalan, petunjuk dan jalan kerja ditulis oleh model AI dan disemak oleh model AI yang lain, termasuk semakan kiraan secara automatik. Berdasarkan sampel yang kami ukur, sebilangan kecil soalan mungkin masih mengandungi kesilapan atau ayat Bahasa Melayu yang kurang tepat.
Jika anda menjumpai kesilapan, tekan "Lapor masalah" pada soalan itu atau e-mel khai@webmaster.my.
Kurikulum
Kandungan berasaskan Cambridge Primary Mathematics Stage 6, yang setara dengan Tahun 6, dalam konteks Malaysia (ringgit, unit metrik, tempat dan nama tempatan). Istilah Bahasa Melayu mengikut amalan sekolah rendah, tetapi Iqra bukan bahan rasmi KSSR dan tidak menggantikan buku teks.
Bukan pengganti guru
Iqra ialah alat latihan tambahan. Keputusan latihan tidak menggambarkan keputusan peperiksaan rasmi seperti UASA.